“I don’t know why they call it heartbreak. It feels like every other part of my body is broken too”
Ternyata maksud yang tersirat di sebalik ayat ini memang kena pada kamu yang sedang patah hati. Sememangnya diakui patah hati sangat menyakitkan. Kamu mungkin akan rasa kehilangan, marah, sedih, terpukul dan malu. Namun jangan terus menerus melayan perasaan tersebut. Kamu perlu bangkit dan mencari penawar untuk mengubati hati yang patah. Nak tahu apa penawarnya? REMAJA ada cara terbaik merawat hati yang sedang patah. Jom semak
1.Lakukan teknik relaksasi untuk meredakan ketegangan system saraf kamu. Boleh dilakukan dengan latihan yoga, lakukan urutan atau memanjakan diri si SPA.
2.Berbual dengan teman-teman, tidak perlu topik yang serius ataupun berat sekadar bual kosong sahaja memadai. Adanya kawan yang setia mendengar saat kamu dalam kesusahan secara tidak langsung akan membangkitkan hormone oxytocin.
3.Lakukan senaman yang bersifat aerobic. Ini boleh membantu untuk menghilangkan segala tekanan. Selain itu bersenam juga mampu memaksa otak melepaskan hormone endorphin yang boleh menimbulkan perasaan senang.
4.Memperkuatkan system pertahanan tubuh misalnya mengambil vitamin C, minum teh herba, madu dan sebagainya. Badan sihat hati pun sihat.
5.Lakukan aktiviti kesukaan kamu. Ini terbukti boleh merangsang kerja dopamine pada otak kerana pasti ramai yang sedia maklum hormone dopamin ini juga boleh menimbulkan rasa senang dan gembira.
6.Cuba aktiviti baharu kerana mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan akan membuatkan kamu lebih mudah melupakan apa yang telah berlaku.
7.Menangis la sepuas-puasnya bila kamu terasa begitu sedih kerana menurut kajian dari University Of South Florida, 90 peratus orang yang sedang patah hati merasakan perasaannya lebih baik setalah menangis.
8.Cari waktu untuk bersendirian kerana ada kalanya apabila ada ruang untuk bersendirian kamu akan lebih mengenali diri dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
9.Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan kerana inilah ubat yang paling mujarab untuk menenangkan diri dan hati yang sedang berduka.
10.Cuba lihat pada kesusahan serta kesengsaraan orang lain bagi menimbulkan keinsafan pada diri. Dari situ kamu akan sedar betapa berat beban yang kamu tanggung ada orang lain yang lebih berat baban yang dipikulnya.
Ahad, 9 Disember 2012
10 Penawar Patah Hati
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan