*
Takbir ialah membaca atau menyebut Allahu Akbar.
Menyebut Allahu Akbar dengan lafaz Allahu Akbaar adalah SALAH dan TIDAK BETUL.
Iaitu sebutan BAR menjadi BAAR.
Yang betul, BAR disebut pendek dan bukan panjang seperti BAAAR.
Sebutan yang tidak tepat menyebabkan makna perkataan telah berubah:
Allahu Akbar maknanya Allah Maha Besar.
Allahu Akbaaar maknanya Allah gendang besar.
Imam Nawawi menyatakan di dalam kitabnya AL-AZKAAR, Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448, Damsyiq..pada halaman 74: [Mafhumnya : Sesiapa (di dalam solatnya) bertakbir membaca Allahu Akbar dengan lafaz Allahu Akbaar maka TELAH TIDAK SAH solatnya iaitu batal solatnya).]
Imam Nawawi adalah seorang ulama dari mazhab Syaafi'ii.
Wallaahu a'lam.
Jumaat, 7 Disember 2012
Takbir Yang Salah
Kelebihan Ayat Kursi
*Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)
Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)
Doa Berlindung dari Kesyirikan
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُAllaahumma Innaa Na'udzu bika min an Nusyrika bika wa Anaa A'lamuhuu wa Nastaghfiruka Limaa Laa A'lamuhu"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik (menyekutukan-Mu) sedangkan aku mengetahuinya. Dan kami memohon ampun kepada-Mu terhadap kesyirikan yang tidak aku ketahui." (HR. Ahmad)
Doa Saat Angin bertiup kencang
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam apabila angin bertiup kencang beliau berdoa,اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya." (HR. Muslim)
Penjelasan Maksud Lagu Gangnam Style
Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Terutama yang sering “melepak” di YouTube atau penggemar K-Pop.Kini, Gangnam Style sudah ditonton lebih dari 99 juta kali. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga selebriti pun meniru gaya lagu ini. Lagu ini nampaknya bakal atau sudah menyamai kedudukan lagu Part Rock Anthem yang dibawakan oleh LMFAO. Peminat lagu ini ingat sangat dengan melodinya, walaupun tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.Apa yang menarik dari video ini? Boleh dikatakan – semuanya. Bermula dari tarian kuda yang aneh tapi menarik, hingga muzik yang begitu mudah mengalir ke dalam telinga – walaupun sebahagian besar orang tidak mengerti maksud liriknya. Tapi tahukah kamu, bahawa dibalik semua itu, Gangnam Style ternyata diciptakan di atas sebuah isu yang sensitif?Psy atau Psycho bukanlah penyanyi baru. Kariernya sudah dimulakan semenjak penyanyi kelahiran tahun 1973 ini melahirkan album pertamanya pada tahun 2001. Karya pertama pemuda bekas pelajar Boston Univeristy ini tidak bernasib kerana Psy dijatuhkan hukuman denda setelah album pertamanya, ‘PSY From The Psycho World!’, dikatankan mengandungi kandungan tidaksesuai untuk anak di bawah umur. Begitu juga dengan nasib album kedua, dibanned, dengan alasan yang sama dengan alasan yang sebelumnya. Album yang dimaksud, ‘Ssa2′juga dikatakan mengandung lirik yang tidak sesuai untuk orang berusia di bawah 18 tahun. Setelah berulang kali melahirkan album, barulah pada album yang terakhir beliau, ‘PSY6?’, nama Psy menjadi begitu terkenal di seluruh dunia. Dia telah menjadi penyanyi solo Korea Selatan palig berjaya menembusi pasaran Amerika.
Apa sebenarnya maksud lagu Gangnam Style?Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan tingkat pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidakhanya mempengaruhi gaya hidup sebagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Dan di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidaksemua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’. Dan sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara ginseng tersebut. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi.Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.
Langgan:
Ulasan
(
Atom
)



