Jumaat, 14 Disember 2012

Penjagaan rambut lengkap Rebonding/Perm/Colouring



Mendapatkan khidmat dandanan menggunakan bahan-bahan kimia seperti menggeriting (perming), meluruskan (rebonding), mewarnakan (colouring) dan sebagainya adalah kaedah untuk mencantikkan rambut. Tetapi kaedah ini sangat berisiko tinggi sekali gus menjadi penyebab utama kepada masalah rambut rosak yang kritikal jika tidak diberikan penjagaan khusus yang diperlukan. Hari tu Mimiey bagi cara penjagaan rambut bagi yang betudung kan. Kali ni pula Mimiey nak bagi cara Penjagaan Rambut Rebonding/Perm/Colouring ^_^

Masalah yang sering di hadapi

*      Hujung rambut kering/ rosak
*      Hujung rambut kering amat mudah kelihatan kerana dari jauh, ia akan kelihatan seperti kasar dan tidak bermaya. Ia juga kelihatan seperti rambut mati.
*      Tumbuh helaian rambut berwarna putih seperti beruban.

Faktor utama

*      Terlalu kerap membuat rawatan kimia sehingga rambut menjadi terlalu rosak atau tidak membuat rawatan susulan di rumah/ salun selepas rawatan kimia.
*      Penggunaan bahan kimia secara berlebihan tanpa mengikut sukatan yang sepatutnya akan menyebabkan masalh rambut kering, bercabang, pecah, dan mudah gugur.
*      Tempoh penggunaan bahan kimia dalam jangka masa yang lama sewaktu proses perawatan.
*      Tidak menggunakan produk penjagaan khusus. Kerana itu, ada yang menyatakan jika kamu tidak memiliki bajet yang tinggi untuk mendapatkan perawatan  kimia di salon, sebaliknya elakkan. Kerana perawatan bahan kimia memerlukan kos yang tinggi termasuk penjagaan harian selepas  perawatan.

Cara penjagaan

1.       Kurangkan meggunakan ‘blowwer’ atau ‘tong’ atau ‘iron’ selepas rawatan kimia.
2.       Kerap ke salun sebulan sekali untuk mendapatkan nasihat pakar dan rawatan professional.
3.       Mengunakan banyak ‘leave in  conditioner’  yang dapat memberikan lebih kelembapan pada rambut yang menjadi kering selepas rawatan kimia. Selepas membuat teknik meluruskan rambut, kamu tidak boleh mendapatkan sebarang perawatan  bahan kimia yang lain sebagai contoh mewarnakan rambut. Kerana ia hanya akan merosakkan keadaan rambut kamu. Begitulah sebaliknya.
4.       Kamu juga perlu memakai perapi  dan serum bagi mengekalkan kelembapan rambut kamu.
5.       Trimming rambut kamu sebulan sekali. Dapatkan penjagaan rapi di salun secara rutin. Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Antara rawatan

*      Gunakan produk-produk pH yang sedikit berasid supaya dapat menutup kembali folikel-folikel yang telah terbuka akibat rawatan kimia seperti “masque” atau “intensive care shampoo.” Biarkan “masque” selama 15 minit di rambut sebelum dibilas.
*      “Hair stim” juga adalah salah satu cara untuk merawat rambut yang telah menjalani teknik meluruskan, mewarnakan atau mengeritingkan. Dapatkan rwatan ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali tetapi ia bergantung kepada tahap kerosakan rambut yang dialami.

makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@