Sabtu, 11 Mei 2013

Pendidikan Awal Tun Dr. Mahathir




     DATUK Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Bapanya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris dan guru besar pertama sekolah Inggeris di Alor Setar. Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik.Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. 

     Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan seterusnya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun 1953. Setelah lulus, Dr. Mahathir menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang dan kemudiannya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik di Alor Setar dan merupakan klinik anak Melayu yang pertama di bandar itu.
 

     Beliau telah menghasilkan bukunya The Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks perpaduan negara ketika dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. . Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu, Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pe- lajaran oleh Tun Abdul Razak.
 

     Sepanjang menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi pertama Majlis Pelajaran Tinggi yang ditubuh pada 1966 seterusnya sebagai Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada awal tahun 1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia melantik Dr. Mahathir sebagai timbalannya. Walaupun mejadi Timbalan Perdana Menteri, tugas beliau sebagai Menteri Pelajaran dikekalkan dan pada 1978 beliau bertugas sebagai menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Berikutan peletakan jawatan Tun Hussein sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir yang pada ketika itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat.


makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Keberanian Mahathir di Bosnia Yang Tidak Akan Diceritakan Pecacai Pakatan Rakyat


Tun Dr.Mahathir adalah antara tokoh yg sngat mimi minat dan snjung tinggi...
Nak tahu kenapa ? jum kita baca ^^

mahathir2
     
     Satu dunia tahu tentang 'pendalangan' Tun Dr. Mahathir dalam Perang Bosnia dan Kosovo. Walaupun Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah cuba mencari dan mendapatkan bukti tentang pembabitan secara langsung Tun Dr. Mahathir dalam perang tersebut, sehingga sekarang negara-negara pengganas tersebut masih gagal memperolehinya.
     
     Disebabkan kegagalan itulah, Mahathir sentiasa menjadi ancaman kepada mereka sehinggakan proksi Zionis perlu melantik atau melatih seseorang yang boleh menjatuhkan Mahathir, seterusnya menghukum Mahathir sepertimana yang mereka inginkan. 
     
     Anda tentu seringkali mendengar cakap-cakap Anwar Ibrahim kononnya, apabila dia menjadi Perdana Menteri nanti, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah MEMENJARAKAN TUN DR. MAHATHIR dan 'KRONI-KRONI'nya kerana kononnya mereka telah mencuri wang negara.
Itu cakap Anwar Ibrahim sahaja. Hakikatnya, semua orang tahu, mengapa Anwar Ibrahim ingin benar memenjarakan Tun Dr. Mahathir serta beberapa orang pemilik syarikat korporat berbangsa Melayu dan beragama Islam yang dilihat terlalu banyak memberikan bantuan kepada Tun Dr. Mahathir dalam usaha membela umat Islam tertindas di seluruh dunia. Semua orang juga tahu, Anwar Ibrahim menerima titah dan perintah daripada tuan-tuan besarnya yang membela Zionis dan negara haram Israel selain melihat umat Islam kekal sebagai golongan yang teraniaya di seluruh dunia. 
     
     Ramai tertanya-tanya, daripada sekian banyak negara, mengapa Bosnia-Herzegovina dan Kosovo begitu menyanjung tinggi Malaysia. Tentunya ramai yang masih ingat, bagaimana Yasser Arafat dan Nelson Mandela begitu mesra dengan Dr. Mahathir dan berkunjung ke Malaysia sehinggakan untuk mereka, perhimpunan telah diadakan di Stadium Negara.
     
     Terlebih penting, mengapa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra begitu marah apabila Dr. Mahathir memberikan cadangan agar empat wilayah selatan Thailand diberikan status autonomi kerana itu sahajalah cara yang paling afdal untuk mengamankan wilayah-wilayah tersebut. Dan selepas itu, Thaksin menuduh Malaysia menjadi pangkalan pasukan pemberontak, malah kononnya Malaysia melatih dan membekalkan pejuang-pejuang pemisah itu senjata.
     
     Ada satu kisah yang cukup popular di kalangan bekas anggota tentera yang pernah ke Bosnia dan menjaga keselamatan Tun Dr. Mahathir sewaktu Mahathir ke negara itu. 
     
     Mahathir telah diminta untuk memakai pakaian kalis peluru. Bagaimanapun dia enggan berbuat begitu. Mahathir memberikan alasan, ajal mautnya di Tangan Allah Taala. Kalau Allah Taala telah mentaqdirkan ajalnya di bumi Bosnia, maka dia redha.
     
     Semua baju kalis peluru yang diberikan kepadanya, enggan dipakai oleh Tun Dr. Mahathir. Sedangkan dia akan memasuki sebuah kawasan yang dikenali sebagai zon perang, dan penembak-penembak curi besar kemungkinan berkeliaran dan cuba mencari nama dengan membunuh seorang dif kehormat yang berkunjung ke Bosnia. 


      Bagaimanapun, seorang anggota polis yang mengawalnya, berjaya memaksa Tun Dr. Mahathir memakai baju kalis peluru itu. Baju kalis peluru yang dipakai oleh Tun Dr. Mahathir adalah baju kalis peluru yang tersarung pada badan anggota polis berkenaan. 
Bukan kerana takut dengan herdikan dan ketegasan anggota polis berpangkat rendah tersebut, tetapi Mahathir menyanjung sikap anggota polis tersebut yang sanggup berkorban untuknya walaupun nyawanya sendiri mungkin terancam. 
     
     Akhirnya, baik Tun Dr. Mahathir mahupun anggota polis yang menanggalkan baju kalis peluru di badannya untuk Dr. Mahathir, kedua-duanya memakai baju kalis peluru dan kedua-duanya selamat pulang ke Malaysia.

makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@