Khamis, 13 Disember 2012

Penjagaan rambut lengkap





Mungkin ramai di antara kamu di luar sana yang merasakan penjagaan rambut cukup dengan sekadar rutin bersyampu setiap hari kan…Tapi syampu sahaja tidak membantu korang untuk mendapatkan rambut sihat dan bermaya tau…^_^..Pelbagai faktor luar yang boleh mendatangkan risiko kepada rambut. Jadi,penjagaan rambut yang lebih rapi harus di beri keutamaan ye. Kali ni Mimiey nak bagi korang maklumat lengkap untuk mengenali rambut korang secara lebih mendalam..Makanya, rajin-rajin la baca blog Mimiey ni arhh…huhuhuhu ~_^

Penjagaan rambut bagi yang bertudung
   Dewasa ini, ramai jugak yang menerapkan elemen fesyen dalam pemakaian tudung. Walaupun bertudung, korang masih tetap boleh berfasyen. Terutama pada perempuan..huhuhu.. Meskipun pemakaian tudung dapat melindungi rambut, tanpa kita sedari gadis bertudung turut tidak terlepas daripada berhadapan berhadapan dengan masalah rambut. Tidak bermakna memakai tudung, kamu tidak perlu menjaga kesihatan serta mencantikkan rambut korang.. Pejagaan kecantikan rambut juga sama pentingnya dengan penjagaan wajah. Jadi, bongkar rahsia permasalahan terhadap rambut yang sering dihadapi oleh wanita bertudung, dan ketahui cara penjagaannya.

Maslah yang sering dihadapi

Rambut sering kusut                                                                                                                               

Rambut kusut agak sukar untuk disikat. Ia disebabkan rambut diikat dalam tempoh yang lama atau ia tidak  disikat sebelum diikat rapi.     

Berkelemumur                                                                                                                                          

Rambut dan kulit kepala yang kotor akan menyebabkan kelemumur. Pengumpulan sebum di bahagian kulit kepala itulah yang akan menghasilkan kelemumur yang menyebabkankulit kepala mula berasa gatal. Kelemumur biasanya berbentuk kepingan putih yang halus. Jika digaru di bahagian kulit kepala, kepingan putih tersebut akan keluar dan ia akan jelas kelihatan pada baju jika kamu memakai baju berwarna gelap.                

Rambut berbau                                                                                                                                                  
Rambut berbau memang  amat mudah untuk dikenalpasti. Tetapi kebanyakan orang tidak sedar bahawa dia memiliki rambut berbau. Ia terjadi disebabkan individu terbabit sudah terbiasa dengan bau yang kurang menyenangkan itu. Masalah rambut berbau timbul disebabkan rambut ditutup dan tiada pengaliran udara yang baik kerana pemakaian tudung dalam tempoh yang lama. Masalah rambut berbau akan jadi labih buruk jika kamu memakai tudung  sewaktu rambut masih basah.


Kulit kepala berminyak                                                                                                                                
Kulit kepala memang akan mengeluarkan minyak di mana ia pada dasarnya adlah untuk kelembapan rambut secara semula jadi. Tetapi minyak yang di keluarkan secara berlebihan  tanpa sebarang  pembersihan  akan menyebabkan masalah rambut berminyak jadi semakin kritikal.

Rambut gugur                                                                                                                                                 
Jika folikel rambut sihat maka rambut akan tumbuh  secara konsisten. Tetapi jika kebolehan folikel untuk menumbuhkan rambut semakin lemah, faktor inilah yang menyebabkan rambut kamu mula gugur.

Hujung rambut berbuah                                                                                                                          

Rambut berbuah adalah keadaan di mana hujung rambut terdapat bendasing yang berwarna putih. Dan jauh, ia kelihatan seperti telur kutu.

Faktor utama

1.tabiat malas                                                                                                                                             
Tabiat malas untuk meluangkan masa bagi menjaga rambut menyebabkan ramai di antara gadis bertudung di luar sana berhadapan dengan masalah seperti yang dijelaskan di atas.

2.Mentaliti yang merasakan bertudung tidak perlu menjaga rambut                                                           

Apabila merasakan pemaikaian tudung tidak perlu lagi untuk menjaga  rambut, jadi  rambut akan dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawasan dan penjagaan yang rapi seperti yang sepatutnya. Meskipun rambut bertutup dan kurang terdedah dengan habuk atau kotoran keadaan sekeliling, namun ia masih perlu dijaga.                                                                                     

makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Tiada ulasan :

Catat Ulasan