jom kita dngar dlu lagu ni cik Ailee ni...emm,,t'sentuh jgk la ckit kan cerita lagu ni...huhuhu.. ^^
Selasa, 15 Januari 2013
Ailee(에일리) _ Heaven MV
jom kita dngar dlu lagu ni cik Ailee ni...emm,,t'sentuh jgk la ckit kan cerita lagu ni...huhuhu.. ^^
Selasa, 8 Januari 2013
Cara-cara membuat nota ringkas
Teknik Membuat Nota Ringkas
BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
- Pilih satu tajuk dan baca nota.
- Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
- Baca dan garis fakta.
- Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
- Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
- Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
- Susun fakta ( jika perlu ).
- Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
- Bandingkan apa yang kamu tulis.
- Ulang hingga kamu puas hati.
- Ulang membaca fakta , jika ada masa.
- Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
- Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.
Cara-caranya ialah :
- Gunakan perkataan sendiri dan bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karanga asal.
- Isinya mestilah disusun dengan teratur dan mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.
- Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
- Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
- Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.
Kelebihan Surah Al-Kautsar
Surah
ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.
Surah ini disifatkan sebagai surah
penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika
baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak
lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Langgan:
Ulasan
(
Atom
)