Mukti Maini

Jumaat, 18 Oktober 2013

Ungu - Dirimu Satu (Lirik)


rindu ngan dia :D Mohd.Mukti
I will always loving You. <3

makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Selasa, 16 Julai 2013

Niat puasa & Doa berbuka puasa


   Tidak wajib dan tidak sunat berniat dalam bahasa arab. Akan tetapi, lebih baik dan berpahala jika kita amalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad S.A.W dan bahasa Al_Quran.. ^_^

 

Lafaz niat puasa harian: 

       

 " nawaitu sauma ghodin an'adae fardisyahri romadhona hazihi sanati lillahi ta'ala "

 


Sebenarnya, kita bangun bersahur tu pun sudah di kira sebagai niat utuk puasa tau :D xpa, bica niat lagi bagus kan ^_^

 

Lafaz niat puasa sebulan :

 

                               " Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahi ta'ala "

 

  
Kita digalakkan puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan kita berniat untuk sebulan sekali gus,. OK ~_^ 
 

Waktu berniat : 

Waktu untuk kita berniat, bermula daripada terbenam matahari , yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq ( waktu subuh ). ingat 2 ^_^  
  

Doa berbuka puasa :

  

 " Allahumma laka shumtu wa bika amantu  wa' alaa rizqika afthartu birahmatikaya          arhamarrohimin "

 

  

Peringatan :

Jika berbuka puasa beramai-ramai : ganti " tu " kepada " na "  
  

" Allahumma laka shumna wa bika amanna wa' alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin"  

 

                                        ( selamat berpuasa korang ^_^ ) 

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran. - See more at: http://ezany-kun.com/lafaz-niat-sehari-puasa-sebulan-puasa-dan-doa-berbuka-puasa/#sthash.1dlA3TGs.dpuf
T
TTTidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran. - See more at: http://ezany-kun.com/lafaz-niat-sehari-puasa-sebulan-puasa-dan-doa-berbuka-puasa/#sthash.1dlA3TGs.dpuf

makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Sabtu, 11 Mei 2013

Pendidikan Awal Tun Dr. Mahathir




     DATUK Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Bapanya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris dan guru besar pertama sekolah Inggeris di Alor Setar. Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik.Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. 

     Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan seterusnya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun 1953. Setelah lulus, Dr. Mahathir menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang dan kemudiannya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik di Alor Setar dan merupakan klinik anak Melayu yang pertama di bandar itu.
 

     Beliau telah menghasilkan bukunya The Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks perpaduan negara ketika dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. . Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu, Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pe- lajaran oleh Tun Abdul Razak.
 

     Sepanjang menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi pertama Majlis Pelajaran Tinggi yang ditubuh pada 1966 seterusnya sebagai Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada awal tahun 1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia melantik Dr. Mahathir sebagai timbalannya. Walaupun mejadi Timbalan Perdana Menteri, tugas beliau sebagai Menteri Pelajaran dikekalkan dan pada 1978 beliau bertugas sebagai menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Berikutan peletakan jawatan Tun Hussein sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir yang pada ketika itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat.


makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Keberanian Mahathir di Bosnia Yang Tidak Akan Diceritakan Pecacai Pakatan Rakyat


Tun Dr.Mahathir adalah antara tokoh yg sngat mimi minat dan snjung tinggi...
Nak tahu kenapa ? jum kita baca ^^

mahathir2
     
     Satu dunia tahu tentang 'pendalangan' Tun Dr. Mahathir dalam Perang Bosnia dan Kosovo. Walaupun Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah cuba mencari dan mendapatkan bukti tentang pembabitan secara langsung Tun Dr. Mahathir dalam perang tersebut, sehingga sekarang negara-negara pengganas tersebut masih gagal memperolehinya.
     
     Disebabkan kegagalan itulah, Mahathir sentiasa menjadi ancaman kepada mereka sehinggakan proksi Zionis perlu melantik atau melatih seseorang yang boleh menjatuhkan Mahathir, seterusnya menghukum Mahathir sepertimana yang mereka inginkan. 
     
     Anda tentu seringkali mendengar cakap-cakap Anwar Ibrahim kononnya, apabila dia menjadi Perdana Menteri nanti, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah MEMENJARAKAN TUN DR. MAHATHIR dan 'KRONI-KRONI'nya kerana kononnya mereka telah mencuri wang negara.
Itu cakap Anwar Ibrahim sahaja. Hakikatnya, semua orang tahu, mengapa Anwar Ibrahim ingin benar memenjarakan Tun Dr. Mahathir serta beberapa orang pemilik syarikat korporat berbangsa Melayu dan beragama Islam yang dilihat terlalu banyak memberikan bantuan kepada Tun Dr. Mahathir dalam usaha membela umat Islam tertindas di seluruh dunia. Semua orang juga tahu, Anwar Ibrahim menerima titah dan perintah daripada tuan-tuan besarnya yang membela Zionis dan negara haram Israel selain melihat umat Islam kekal sebagai golongan yang teraniaya di seluruh dunia. 
     
     Ramai tertanya-tanya, daripada sekian banyak negara, mengapa Bosnia-Herzegovina dan Kosovo begitu menyanjung tinggi Malaysia. Tentunya ramai yang masih ingat, bagaimana Yasser Arafat dan Nelson Mandela begitu mesra dengan Dr. Mahathir dan berkunjung ke Malaysia sehinggakan untuk mereka, perhimpunan telah diadakan di Stadium Negara.
     
     Terlebih penting, mengapa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra begitu marah apabila Dr. Mahathir memberikan cadangan agar empat wilayah selatan Thailand diberikan status autonomi kerana itu sahajalah cara yang paling afdal untuk mengamankan wilayah-wilayah tersebut. Dan selepas itu, Thaksin menuduh Malaysia menjadi pangkalan pasukan pemberontak, malah kononnya Malaysia melatih dan membekalkan pejuang-pejuang pemisah itu senjata.
     
     Ada satu kisah yang cukup popular di kalangan bekas anggota tentera yang pernah ke Bosnia dan menjaga keselamatan Tun Dr. Mahathir sewaktu Mahathir ke negara itu. 
     
     Mahathir telah diminta untuk memakai pakaian kalis peluru. Bagaimanapun dia enggan berbuat begitu. Mahathir memberikan alasan, ajal mautnya di Tangan Allah Taala. Kalau Allah Taala telah mentaqdirkan ajalnya di bumi Bosnia, maka dia redha.
     
     Semua baju kalis peluru yang diberikan kepadanya, enggan dipakai oleh Tun Dr. Mahathir. Sedangkan dia akan memasuki sebuah kawasan yang dikenali sebagai zon perang, dan penembak-penembak curi besar kemungkinan berkeliaran dan cuba mencari nama dengan membunuh seorang dif kehormat yang berkunjung ke Bosnia. 


      Bagaimanapun, seorang anggota polis yang mengawalnya, berjaya memaksa Tun Dr. Mahathir memakai baju kalis peluru itu. Baju kalis peluru yang dipakai oleh Tun Dr. Mahathir adalah baju kalis peluru yang tersarung pada badan anggota polis berkenaan. 
Bukan kerana takut dengan herdikan dan ketegasan anggota polis berpangkat rendah tersebut, tetapi Mahathir menyanjung sikap anggota polis tersebut yang sanggup berkorban untuknya walaupun nyawanya sendiri mungkin terancam. 
     
     Akhirnya, baik Tun Dr. Mahathir mahupun anggota polis yang menanggalkan baju kalis peluru di badannya untuk Dr. Mahathir, kedua-duanya memakai baju kalis peluru dan kedua-duanya selamat pulang ke Malaysia.

makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Jumaat, 10 Mei 2013

Kisah Pengorbanan Seorang Isteri Bernama Siti Hasmah Dan Keberanian Pemimpin Bernama Mahathir Mohamad




 

Ketika itu PERANG TELUK 1990 - 1991. Tun Dr Mahathir tetap ingin menghantar bantuan ke IRAQ walaupun AMERIKA SYARIKAT TIDAK membenarkan mana-mana negara berbuat demikian.

Tun Dr Mahathir menghantar isterinya di dalam pesawat bantuan itu dan Tun Dr Siti Hasmah akur dan percaya kepada ketentuan Ilahi dan kehendak suaminya.

Setelah berlegar beberapa lama di udara dan HAMPIR KEHABISAN MINYAK KRITIKAL ketika itu, (dan pesawat mereka tidak dibenarkan untuk mendarat) Tun Dr Mahathir menelefon George Bush (Ayah J.W.W Bush) Presiden AS ketika itu yang memberitahunya

"My Wife is inside the plane,"

Terus Presiden AS itu memberi keizinan pesawat itu mendarat dan bantuan terus diagihkan. Alhamdulillah! Itulah pengorbanan mereka. Tak perlu kecoh satu dunia, tetapi, orang tahu.

Biarlah orang menghina mencaci Tun Dr Mahathir sebagaimana rupapun, Tun sampai sekarang masih memperjuangkan nasib umat islam tampa sempadan dan waktu. Tun tak perlu penghormatan tapi dialah lagenda yang masih kuat bekerja di tanah air tercinta ini.

SELAMAT HARI IBU BONDA, TUN SITI HASMAH MOHD ALI!


makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Isnin, 6 Mei 2013

Peranan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad


TUN DR MAHATHIR MOHAMED

Tun Dr Mahathir Mohamad 
Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002) 
'Pencetus Malaysia Negara Maju'

 Peranan Dan Sumbangan 

      Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar setelah memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket Perikatan dan mula menempa nama di kalangan masyarakat. Namun dalam pilihan raya umum berikutnya pada tahun 1969 Tun Dr Mahathir bin Mohamad tewas di kawasan yang sama kepada calon PAS. Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan antara golongan muda yang paling lantang mengkritik pucuk kepimpinan UMNO di bawah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terutamanya selepas trajedi 13 Mei 1969 . Ini akhirnya membawa kepada pemecatan Tun Dr Mahathir bin Mohamad dari UMNO pada tahun 1969.
      
Semenjak terbuang, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi `pemberontak' dalam buangan dan menghasilkan buku ` The Malay Dilemma' yang telah diharamkan pada masa itu. Dalam buku itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad banyak membidas sikap fatalisme masyarakat Melayu yang menyalahkan takdir dan menerima kekalahan dengan pasif. Apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO pada tahun 1972, Tun Dr Mahathir bin Mohamad kembali aktif dalam UMNO dan mendapat sambutan yang popular. Kekalahan dan kekecewaan dalam bidang politik tidak pernah mematahkan semangat beliau. Malah mempengaruhi beliau untuk lebih agresif dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Populariti Tun Dr Mahathir bin Mohamad jelas apabila beliau memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan undi tertinggi pada 1972 dan seterusnya sebagai senator pada tahun 1973.
      
Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of the University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the National University Council pada 1974.
       
 Sebagai calon Barisan Nasional di Kubang Pasu, Kedah Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding dalam tahun 1974. Pada 6 Oktober 1974, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Menteri Pelajaran di dalam kabinet Allahyaraham Tun Abdul Razak. Tindakan pertama beliau adalah melaksanakan Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti di bawah Kementerian Pelajaran. Pada bulan Jun 1975, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak. Pada masa itu, beliau juga masih memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Dalam satu rombakan kabinet, beliau ditukarkan menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Apabila Allahyaraham Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 18 Julai 1981. Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO.

Tugas pertama Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah membersihkan dan meninggikan taraf perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah. Pengenalan sistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai kerajaan benar-benar membuka mata masyarakat. Rakyat diberi keutamaan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendorong rakyat untuk `Pandang ke Timur' untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara berfikir. Malaysia mula menjadi perhatian dunia dengan seorang pemimpin yang berani menyuarakan pendapat walaupun bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat.
      
Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993, sekali lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti. Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@

Ahad, 5 Mei 2013

Orang Yang Pertama......


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.
2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.
3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.
4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.
6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW
8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA
11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA
13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA
14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA
16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA
18…. Orang yang pertama membuat minbar
masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : 

Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi
SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA
22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA
24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA
25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH
26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA
27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA
28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA
30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW
 

Wahai, sahabat..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat
keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

makac sebab sudi membaca...rajin-rajin la jenguk ye... @_@